Yayasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Scholarship


Tawaran Biasiswa TNB Prime 2023 Bagi Pengajian Peringkat Asas Hingga Ijazah Sarjana Muda

TAJAAN YAYASAN TENAGA NASIONAL

PERINGKAT PENAJAAN DITAWARKAN
Antara peringkat penajaan yang ditawarkan bagi Biasiswa TNB Prime adalah:
• Peringkat Persediaan hingga tamat Ijazah Sarjana Muda di universiti
terkemuka Luar Negara.
• Peringat Asas hingga tamat Ijazah Sarjana Muda di UNITEN-Kemasukan Sem
1, 2022/2023 (Sept 22).
• Peringkat Ijazah Sarjana Muda tahun pertama pengajian di Universiti Awam (Tawaran TIDAK DIBUKA buat masa ini)
Maklumat lanjut dan syarat kelayakan untuk setiap tawaran boleh disemak DI SINI.

BIDANG PENGAJIAN YANG DITAJA
Biasiswa TNB PRIME oleh YTN hanya menaja pelajar yang mengikuti bidang pengajian berikut:

• TNB PRIME di Luar Negara
Pengambilan 2022: Kejuruteraan (Elektrik Kuasa), Kejuruteraan (Renewable Energy), Kejuruteraan (Kimia), Data Sains

• TNB PRIME di UNITEN
Pengambilan 2022: Kejuruteraan (Elektrik Kuasa), Sains Komputer, Pemasaran Sumber Manusia/ Keusahawanan

• TNB PRIME di Universiti Awam: > tiada tawaran dibuka buat masa ini
Pengamblan 2021: Kejuruteraan Elektrik Kuasa, Perakaunan, Sains Komputer Sains Komputer/Teknologi Maklumat (Pengkhususan dlm bidang Data Sains & Analitik, Bisnes Analitik dan yang berkaitan) Sains Aktuari >> (bidang pengajian sebenar akan dimaklumkan apabila tawaran 2022 dibuka kelak)

SYARAT KELAYAKAN BIASISWA TNB PRIME
Tawaran Biasiswa TNB PRIME dibuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:
• Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berstatus Bumiputera dan Warganegara Malaysia.
• Berumur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Januari pada tahun permohonan dibuat.
• Tiada adik-beradik yang sedang menerima tajaan Biasiswa YTN.
• Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum dan mempunyai keperibadian dan ciri kepimpinan yang tinggi.
• Bekas pelajar tajaan YTN yang pernah ditamatkan penajaan YTN adalah tidak layak memohon.
• Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian di peringkat yang sama.

Calon juga mestilah memenuhi syarat kelayakan akademik berikut:-

• TNB PRIME Luar negara:
Lulus peperiksaan SPM dengan mencapai minimum A dalam subjek Bahasa Inggeris (GCE-O) dan memperolehi minimum A dalam 8 subjek mengikut bidang pengajian yang akan ditawarkan.

• TNB PRIME UNITEN:
Lulus peperiksaan SPM dengan mencapai minimum A dalam subjek Bahasa Inggeris dan Matematik dan memperolehi minimum A- dalam 4 subjek mengikut bidang pengajian yang akan ditawarkan.

• TNB PRIME Universiti Awam
– Lulus STPM dengan mencapai sekurang-kurangnya CGPA/PNGK 3.50, atau
– Lulus Diploma/ Matrikulasi/ Asas dengan mencapai sekurang-kurangnya CGPA /PNGK 3.50

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila ajukan pertanyaan melalui emel ke infoytn@tnb.com.my atau hubungi terus talian di 03-89247500.

Info Lanjut dan Permohonan KLIK SINI

Full Scholarships for SPM/STPM Click Here




(Visited 607 times, 1 visits today)