OCBC Bank Scholarship


Scholarship details

The scholarship is open to students who have gained admission or are eligible for admission into first year full-time undergraduate studies at selected Malaysian universities. We also welcome first year students of these universities to apply.

SYARAT-SYARAT

Pemohon biasiswa OCBC mesti memenuhi semua kriteria yang disenaraikan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Minimum 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); atau 5A dalam Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)
  • Minimum 2A dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM); atau 2A dalam GCE A-Level
  • Purata Nilai Gred Kumulatif Minimum (CGPA) sebanyak 3.50 dalam Pengajian Matrikulasi / Asasi
  • PNGK minimum 3.50 untuk pelajar tahun pertama yang sedang melanjutkan pengajian
  • Memegang jawatan kepimpinan dalam aktiviti kokurikulum, masyarakat dan kelab di sekolah / universiti
  • Mempunyai keperibadian dinamik dengan komunikasi yang sangat baik dan kemahiran berfikir kritis
  • Tidak menerima sebarang biasiswa atau anugerah lain dari mana-mana organisasi dan / atau institusi lain
  • Pendapatan isi rumah keluarga kurang daripada RM 5,000 sebulan
  • Telah menerima tawaran kemasukan ke UA/IPTS atau sedang mengemukakan permohonan dan memenuhi syarat kelayakan akademik dan lain-lain yang diletakkan oleh OCBC Bank atau sedang melanjutkan pengajian di tahun pertama di UA/IPTS tempatan

BIDANG-BIDANG

Terdapat 9 kursus utama pengajian yang ditawarkan di bawah Biasiswa OCBC:

  1. Perakaunan dan Kewangan
  2. Ekonomi
  3. Pentadbiran Perniagaan
  4. Seni dan Sains Sosial
  5. Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
  6. Matematik dan Statistik
  7. Sains Aktuari
  8. Kejuruteraan
  9. Undang-undang
  10. Atau mana-mana bidang keperluan yang dikehendaki oleh pihak OCBC

INFO TAMBAHAN

Bermula tahun 2016, terdapat dua kategori biasiswa ditawarkan dimana nilai tahunan masing-masing adalah seperti berikut:

  1. RM12,000 setahun bagi setiap pelajar yang telah mendapat kemasukan ke universiti awam Malaysia yang terpilih
  2. RM23,000 setahun bagi setiap pelajar yang telah mendapat kemasukan ke sebuah universiti swasta Malaysia yang terpilih

Biasiswa ini boleh dipertahankan untuk tempoh minimum yang diperlukan untuk menyelesaikan kursus yang membawa kepada ijazah pertama – tertakluk kepada prestasi akademik yang konsisten dan cemerlang.

Bon – Ikatan

Semua penerima biasiswa akan dikehendaki untuk bekerja di OCBC Bank selepas tamat pengajian. Walau bagaimanapun, jika ada sebab-sebab tertentu sekiranya pihak OCBC Bank memutuskan bon ini tidak diperlukan, atau tidak dapat mengambil pekerja di kalangan penerima biasiswa, maka mereka akan terlepas dari keperluan ini dengan sewajarnya.

KAEDAH PERMOHONAN

Untuk memohon biasiswa, pemohon mesti:

  1. Lengkapkan borang permohonan yang boleh dimuat turun DI SINI
  2. Sediakan esei 800 patah perkataan mengenai topik di bawah: “Have you been in leadership positions in school/university? If yes, what are the biggest challenges you have faced and what have you learned from it?”
  3. Memastikan semua dokumen yang diperlukan dikemukakan bersama. Anda boleh memuat turun senarai semak biasiswa DI SINI
  4. Sila hantarkan borang permohonan, esei dan dokumen sokongan yang lengkap (seperti yang disenaraikan dalam senarai semakan biasiswa) kepada pihak OCBC sebelum atau pada 30 Jun 2021 (tarikh adalah sama setiap tahun) ke alamat di bawah:

    OCBC Public Scholarship MALAYSIA
    Talent Management
    Human Resources
    OCBC Bank (Malaysia) Berhad
    5th Floor, Wisma Lee Rubber, 1 Jalan Melaka, 50100 Kuala Lumpur

HUBUNGI

Untuk sebarang pertanyaan, sila e-mel kepada MYScholarship@ocbc.com.

Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil ke sesi temuduga.

UPDATED!!: FULL SCHOLARSHIPS LISTING 2021 [SPM/STPM/DIPLOMA/FOUNDATION/DEGREE/MASTER/PHD] => CLICK HERE

APPLY NOW!!




(Visited 4,133 times, 1 visits today)