JPA Scholarship – Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara


TAWARAN PENAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) PROGRAM KHAS LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA DALAM NEGARATAHUN 2020

1.PENGENALAN

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2019 bagi kali pertama untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) dibawah Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)Dalam Negara.

Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Dalam Negara Tahun 2020 merupakan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada 460 orang pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ untuk melanjutkan pelajaran di dalam negara. 

Calon-calon akan ditawarkan penajaan untuk mengikuti pengajian peringkat Persediaan hingga ke Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA), Government Linked Universities(GLU) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara yang dikenalpasti, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

2. PERMOHONAN

Permohonan dibuka secara atas talian (online)

di http://www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my/ selama sepuluh (10) hari mulai 9 Mac 2020 sehingga 18 Mac 2020.

Info Lanjut Di Sini  | Mohon Segera!!




(Visited 36 times, 1 visits today)