Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-5521 2275
Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat D.Y.M.M. Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
Bil
Syarat-Syarat Permohonan
Keterangan
i.
Kelahiran
Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; atau
Pemohon telah bermastautin lebih dari lima (5) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.
ii
Peringkat Pengajian
Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara SEPENUH MASA sahaja (pengajian secara jarak jauh (PJJ)/ luar kampus (PLK) tidak layak memohon);
iii
Penajaan
Pemohon yang BELUM MENERIMA SEBARANG PENAJAAN dari lain-lain penaja;
iv
Pencapaian Akademik
Pemohon yang memperoleh pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan;
v
Tahun Pengajian
Pemohon BUKAN PELAJAR TAHUN AKHIR PENGAJIAN/ diberi tempoh pelanjutan pengajian.
Pemohon juga mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan akademik seperti berikut:
Bil
Peringkat Pengajian
Kelayakan Akademik
i.
Ijazah Pertama
Memperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas/ Pra-Ijazah/ Matrikulasi/ Diploma dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas; atau
Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkatSTPM; atau
Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM
ii
Diploma
Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkatSPM; atau
Memperoleh kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas.
iii
Sijil (IPTA)
Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkatSPM
iv
Sijil (bidang kemahiran & teknikal sahaja)
Memperoleh sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkatSPM;
TAWARAN PERINGKAT PENGAJIAN
Tawaran ini adalah terbuka bagi peringkat pengajian seperti berikut:
(i)
Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor:
Semua bidang pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta pengajian peringkat Sijil di Politeknik/ Kolej Komuniti (tidak termasuk Matrikulasi/ Kursus Persediaan/ Tahun Asas/ A-Level/ ACCA/ Ijazah Lanjutan).
(ii)
Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir ‘Fast Track’ Negeri Selangor:
Bidang kemahiran dan teknikal peringkat Sijil di IPTS tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian dalam tempoh kurang dari satu (1) tahun sahaja.
KADAR TAJAAN PINJAMAN PELAJARAN
Kadar Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Peringkat Pengajian
Kadar Pinjaman (Setahun)
Ijazah (Perubatan)
RM 7,000.00
Ijazah (Lain-lain)
RM 6,500.00
Diploma
RM 4,900.00
Sijil
RM 4,000.00
Nota: Kadar tajaan pinjaman ini tersebut adalah terpakai bagi pengajian di semua IPTA dan IPTS tempatan
Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran akan dimulakan selepas tempoh enam (6) bulan pelajar menamatkan pengajian.